Wednesday, July 30, 2008

Blog Kawan2 DAC Crew

hai..

lamanya tak menulis kat sini.. eh.. menaip la..

buat masa ni, DAC Crews ada buat perancangan utk mengadakan Ops: Perah Otak pada 16-17 Ogos insyaAllah kalau tak ada aral melintang..


Ops: Perah Otak ni adalah sesi brainstorming bagi beberapa org crews utk memantapkan lagi Dig-App Camps.. maaflah tak dapat nak ajak semua sekali.. maklumla.. bajet.. hehe..

wah nampaknya ada sorang lagi DAC Crew dah memulakan langkah membuat blog yg memaparkan aktiviti2 outdoornya.. sapa2 yg join Kem Jejak Terbilang anjuran JKM Sepang bulan Mei dulu, mesti kenal.. cikgu Sham.. tadaaaa..




sila tengok blognya kat s-i-n-i..

tahniah diucapkan.. kalau ada yg tak tau, cikgu Sham ni adalah anak murid kpd cikgu Azzah, cikgu Shah, cikgu Sharah dan cikgu Zue masa dalam kem PLKN suatu ketika dulu..

kepada cikgu Sham dan rakan2, didoakan apa yg diusahakan dan dicita2kan akan menjadi realiti.. betul tu, mana tau satu hari LAG & DAMS dapat berkolaborasi kan.. hehe..

ada satu lagi blog.. Kem KPerak Kidz di mana beberapa org DAC Crews terlibat dalam bekerjasama menjayakan program ni.. menarik jugak dan banyak pengalaman yg kami perolehi dgn adik2 anak Perak ni..

ok.. back to biz.. baru ni DAMS ada dapat khabar dari Brunei.. insyaAllah kalau ada rezeki kita akan melebarkan sayap ke sana.. maklumla kita sama serumpun.. kalau bukan kita yg nak bantu memartabatkan sesama kita, siapa lagi kan..?

ok lah sampai sini je buat kali ni.. kepada adik2 yg menelefon / SMS kami tu terima kasih banyak2.. dan kalau ada yang tak terjawab/ terbalas tu mintak maaf banyak2.. kadang2 kami ni sibuk sikit.. heheee..

ta ta ti ti tu tu..

Tuesday, July 22, 2008

hanya di mercu

salam semua,

pernah dengar tak lagu 'Hanya Di Mercu', nyanyian Ayu OIAM2?

bagus lirik lagu ni utk panduan kita bersama..

jadi di sini kami paparkan video dan jugak lirik lagu berkenaan, utk perkongsian bersama.. dan sambil2 melayari blog ni, hayatilah lagunya sekali.. insyaAllah kita akan selalu nyanyikan lagu ni dalam siri2 Dig-App Camps yang akan datang.. okay..



Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu


Thursday, July 17, 2008

musim exam dah semakin hampir..

Salam cikgu2 dan adik2 sekalian..

kita dah pun sampai ke pertengahan bulan julai.. bermakna, tinggal sebulan lebih saja lagi sebelum peperiksaan UPSR menjelang, diikuti dgn PMR, SPM dan STPM..

dan jangan lupa, insyaAllah pada 1 Sept 2008 kita akan menyambut kehadiran bulan mulia, Ramadhan alMubarak..

kami DAC Crew mendoakan adik2 semua dapat la menjawab semua soalan exam dengan baik dan dapat keputusan yg cemerlang.. amin..

oh ya, sempena Syawal ni, DAMS ada menawarkan perkhidmatan rekaan kad raya utk sekolah2.. jadi mana2 cikgu yang rasa berminat tu bolehlah hubungi kami.. sample design insyaAllah akan di upload tidak lama lagi..

berita gembira juga utk cikgu2 yang mana terasa nak buat majalah sekolah digital, bolehlah juga menghubungi kami.. canggih la sikit kan.. maklumlah zaman dah berubah..

ok.. itu je posting kali ni.. bye!

Monday, July 14, 2008

Program Pasca UPSR 2008

Salam cikgu2 dan adik2..

dengan bestnya, Dig-App Camp mengumumkan.. bahawa kami ada menawarkan pelbagai program menarik khusus utk adik2 Darjah 6 yang bakal habis exam UPSR, dan juga cikgu2 yang belum ada idea utk buat aktiviti kepada anak2 murid selepas UPSR @ raya nanti..

jeng jeng..

DAC menawarkan pilihan2 program seperti berikut:
  • Kem Hijau Clique - kem kesedaran alam sekitar
  • Kem Jejak Malaya - kem patriotisme
  • Kem SMART - kem ICT
  • Kem Cipta Karya - kem penulisan dan karya kreatif
best tau.. cikgu2 kalau nak tau, untuk setiap program ni, pengisian wajibnya adalah motivasi khusus utk adik2 kita mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam sekolah menengah.. dan tak ketinggalan, aktiviti2 luar yang penuh cabaran dan pastinya menyeronokkan!!

apalagi cikgu2 yang masih blur dan blank ttg pengisian murid2 lepas raya nanti, bolehlah segera menghubungi kami di email admin@digital-apprentice.com ataupun nak lagi cepat, call je mana2 satu nombor ni.. 019-2874253 atau 012-6417494.. kami akan kirimkan brochure program dan sekiranya possible, kami sendiri akan datang dan bertemu dengan cikgu utk perbincangan lanjut..!!

p(^o^)q

Saturday, July 12, 2008

new clique!

baru-baru ni, dig-app camp crew telah menerima seorang lagi clique baru.. yang akan berkolaborasi dengan kami utk projek Kem Sains & Alam Sekitar.. beliau ialah En. Harun Abu Bakar, seorang pakar dalam alam sekitar, ekologi dan biologi.. hebat orangnya tauuu..

insyaAllah tak lama lagi, profile beliau akan dimuatkan dalam laman web DAMS sebagai Clique Trainer.. en. Harun bukan calang2 orangnya.. mempunyai pendidikan daripada UPM dan Lansdale Farm School, Australia.. tauliah daripada Jabatan Alam Sekitar utk Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) dan juga bekas ketua jurulatih modul kenegaraan & khidmat komuniti PLKN.. en. Harun juga adalah pengasas Eco Kid Adventure yang telah banyak menganjurkan pelbagai kem sains, kepimpinan dan sebagainya..

lanjut mengenai en. Harun dan kem beliau, sila klik di s-i-n-i!

dan ini pula adalah antara keratan akhbar tentang projek en. Harun dan rakannya pn. Sabariah..

Utusan Malaysia, 19 Feb 2000

Pentingnya alam sekitar perlu dipupuk sejak kecil

MENYEDARI betapa pentingnya tanggungjawab menjaga dan memulihara alam sekitar ditanam sejak usia awal kanak-kanak lagi, Eco Kid Adventure melalui aktiviti yang disediakan berusaha menyedarkan golongan ini agar alam semula jadi yang ada sekarang dikekalkan bagi dinikmati oleh generasi akan datang.

Penyelaras Program Pendidikan Alam Sekitarnya, Harun Abu Bakar berkata melalui aktiviti-aktiviti seperti Kem Sains yang dikendalikan dapat melahirkan golongan muda yang cintakan persekitaran yang bersih dan sihat.

Menurutnya, program yang disertai oleh pelajar sekolah rendah ini tidak hanya menekankan teori semata-mata tetapi lebih mengutamakan latihan berbentuk praktikal.

Beliau berkata, tujuan utama Eco Kid ditubuhkan sejak lebih empat tahun lalu adalah untuk memberi ruang kepada rakyat di negara ini terutama kanak-kanak mempelajari tentang keperluan alam sekitar dalam kehidupan mereka.

Menurutnya, Eco Kid yang bermaksud ekologi dan kanak-Kanak itu cuba memberi maklumat kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dengan melakukan pelbagai aktiviti berkaitan tumbuh-tumbuhan dan persekitaran.

''Di Eco Kid kami menyediakan pelbagai program bertujuan menyedarkan kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga alam sekitar terutama tumbuh-tumbuhan hutan, sungai dan bukit bukau yang terdapat di negara kita ini,'' katanya ketika ditemui halaman Keluarga, baru-baru ini.

Beliau memberitahu, pendidikan alam sekitar di negara ini tidaklah terlalu baru tetapi sesetengah pihak masih menganggap isu tersebut bukan isu besar dan dianggap hanya sebagai perkara sampingan sahaja.

Selain meletakkan kanak-kanak sekolah rendah sebagai sasaran, katanya Eko Kid turut menyalurkan pendidikan alam sekitar ini di kalangan pelajar peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut Harun, bagi melancar dan melengkapkan program anjurannya, Eko Kid Adventure turut bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

''Kem Sains yang diadakan memberi peluang kepada para peserta mengenali sebahagian besar tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam hutan.

''Di samping turut menyelitkan dengan aktiviti seperti merentas hutan, berjalan malam dan sebagainya membolehkan mereka mengenali selok-belok perjalanan di dalam hutan,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, apa yang membezakan program lain dengan program anjuran Eco Kid ialah turut menyelitkan pelbagai aktiviti berbentuk keagamaan. "Kami turut memilih kawasan yang mempunyai persekitaran yang berdekatan dengan masjid.

''Dengan pengisian seperti kuliah subuh yang banyak memperkatakan tentang kebesaran Tuhan dan ciptaan-Nya, pelajar-pelajar akan lebih menghargai alam sekitar dan sentiasa bersyukur dengan kejadian semula jadi di muka bumi ini'' katanya.

Setakat ini kata Harun, Eko Kid Adventure telah menjalankan aktiviti di Fraser Hill, Pulau Besar, Dusun Eco Resort dengan membawa peserta seramai 60 hingga 100 orang yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Ditanya mengenai destinasi yang menjadi keutamaan, Harun menjelaskan selain tanah bukit dan pantai, hutan dan tanah tinggi adalah antara tujuh ekosistem yang menjadi tumpuan utama.

Menurut beliau, program yang dianjurkan itu turut memberi peluang kepada pelajar menggunakan kreativiti mereka untuk mencipta sesuatu yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam hutan.

Harun yang turut mengendalikan program tersebut dengan rakannya Sabariah, berhasrat menubuhkan kelab kanak-kanak pencinta alam suatu hari nanti.

Menurutnya, dengan penubuhan kelab tersebut, sekurang-kurangnya kanak-kanak di negara ini diberi peluang untuk meluahkan perasaan dan pendapat mereka sendiri mengenai isu-isu berkaitan alam sekitar.

Selamat Datang!

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Jurulatih & Fasilitator Dig-App Camps (dari kiri): Am, Shah, Ipi, Azzah

Blog ini adalah dikhaskan untuk anda mengikuti pengembaraan Dig-App Camps (DAC) Crew di seluruh negara (dan luar negara juga, mungkin!) dengan pelbagai program yang kami anjurkan..

InsyaAllah blog ini akan sentiasa dikemaskinikan supaya anda boleh terus bersama kami.. semoga dengan adanya blog ini, para peserta yang pernah menyertai Dig-App Camps juga boleh berinteraksi dengan DAC Crew..

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej program DAMS, sila layari laman web rasmi kami di Digital Apprentice Management Services.

(^_^)V