Friday, January 9, 2009

Hijrah

Salam semua,

diumumkan bahawa catatan mengenai segala aktiviti Dig-App Camp's Crews telah berpindah ke laman weblog baru iaitu http://www.digital-apprentice.com

jumpa di sana ya!

Wednesday, December 17, 2008

Program Celik ICT @ Anjung Digital


Program Cuti-Cuti ICT iaitu Kelas Celik ICT sempena cuti sekolah telah bermula pada 15 Disember 2008 dan berakhir pada 18 Disember 2008. Seramai 3 orang pelajar telah menyertai program ini iaitu Farizul (SMKA Sheikh Hj Mohd Said), Anisa (SMA Dato Petra Maamor) dan Azira (SK KGV).. Mereka mempelajari asas ICT bermula daripada penggunaan, pengurusan Operating System, Aplikasi sehinggalah penyelenggaraan..


Friday, November 14, 2008

Celoreng Biru dilancar!




salam..

setelah meredah onak duri online.. akhirnya ebook Celoreng Biru dilancarkan hari ini!

Bagi yang belum tahu mengenai ebook ini, ia adalah himpunan kisah-kisah realiti Wira dan Wirawati dalam Program Latihan Khidmat Negara.. yang selama ini, suka duka di dalam kem hanya mereka saja yang tahu.

Kini semuanya dibongkarkan untuk tujuan perkongsian dengan seluruh rakyat Malaysia!

Jangan berlengah lagi.. klik Celoreng Biru dan dapatkannya sekarang!

Tuesday, November 11, 2008

gambar kem jejak terbilang smkkgv 2008

salam..

gambar dah pun di upload!

check it out!!

Tahniah kepada Kumpulan 2 yang memenangi Jejak Gemilang.. Safri dan Angie yang dinobatkan sebagai Peserta Terbaik kem kali ini..

kepada yang lain.. kami ucapkan selamat berjaya untuk SPM 2009!!

Sunday, November 9, 2008

selesai sudah..

alhamdulillah, Kem Jejak Terbilang utk 40 org pelajar Ting.4 SMK KGV Seremban, telah pun selamat dijalankan selama 3 hari di Kem Seri Perkasa, Mantin bermula 7 Nov hingga 9 Nov..

kepada Georgian yg menyertai kem ni, mesti x sabar2 nak tgk gambar kan?

ok, kami akan upload gambar2 tu semua secepat mungkin.. insyaAllah..

jumpa lagi!

3.. 4..!!

(^-^)v

p.s: jika ada di antara anda yg nak beli buku Pilih Jangan Tak Pilih tapi x sempat mendapatkannya semasa di kem tadi, bolehlah berhubung dgn Cikgu Sharifah atau terus kepada kami dgn hantar email kepada tauke@kedaibukue.com ..

p.p.s: ebook pertama Cikgu Azzah akan diterbitkan pada 14 Nov 2008 nanti.. tajuknya 'Celoreng Biru', yg membongkar kisah2 dalam kem PLKN.. dapatkan ebook preview percuma dengan klik di s-i-n-i!

Monday, October 13, 2008

aktiviti diteruskan..

salam semua..

lama dah tak update blog ni..

untuk bulan Oct dan Nov ni, dah ada beberapa program untuk kami DAC Crews.. program yang menyumbang kepada adik2 sekolah, dan jugak program utk memperbaiki diri kami sendiri, dan lain2 program..

7 Oct : Motivasi Pecutan Akhir untuk pelajar calon PMR, SMK KGV Seremban, dengan penceramah jemputan istimewa Osman Affan

21 Oct-6 Nov : PPSMI negeri Terengganu (cikgu Azzah & kak Ogy)

26 Oct : Majlis perkahwinan cikgu Zunairah di Tmn Desa Rhu, Seremban

7-9 Nov : Kem Jejak Terbilang Pelajar Tingkatan 4 SMK KGV di Kem Seri Perkasa, Mantin (cikgu Azzah, cikgu Shah, cikgu Roslina)

11-15 Nov : Time Management course @ Brunei Darussalam (Cikgu Azzah / Cik Juliah)

24-28 Nov : TTT PSMB (Cikgu Azzah, kak Ogy)

semoga semua perancangan dapat dijalankan dengan lancar dan sebaik mungkin.. aminn..

Wednesday, September 17, 2008

Motivasi: Last Minute!!

Salam semua,

BERITA BAIK untuk calon-calon PMR yang berada di sekitar SEREMBAN dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya!

DAC Crews menganjurkan program MOTIVASI: LAST MINUTE! khas untuk anda mendapatkan 'azimat' terakhir sebelum menduduki PMR pada 13 Oktober!!

Berikut ialah butiran program:
  • Tarikh: 5 Oktober 2008 (Ahad)
  • Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
  • Lokasi: Aras 3, Seremban Plaza, Seremban (Bangunan MARA)
  • Bayaran: RM50.00 (termasuk makan dan sijil)
  • Diskaun RM10-RM15: Diberikan kepada yang mendaftar awal, secara berkumpulan atau mendaftar online!
Jadi, apa tunggu lagi? DAFTARLAH SEKARANG!!

-----

Q&A:

Q: Kenapa dibuat 5 Oktober, hari raya ke-5? Kan masih cuti sekolah dan dalam hari raya?
A: Peperiksaan tidak mengenal erti hari raya.. 4 hari beraya sudah mencukup untuk tahun ini buat calon-calon PMR. Berkorban sambutan hari raya adalah sangat berbaloi untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam PMR nanti, insyaAllah.. Hari Raya, setiap tahun mesti ada.. PMR, sekali seumur hidup.. dan keputusan PMR pula, penentu hidup!

Q: Apakah modul yang diajarkan nanti?
A: Tiada lagi tips study ataupun strategi belajar ataupun strategi menjawab kertas soalan. Program ini hanya mengFOKUSkan untuk menaikkan semangat calon2 yang kekenyangan dengan lemang dan ketupat, untuk benar2 bersedia menghadapi PMR.

Q: Lagi?
A: Kami bantu adik2 untuk menjadi calon PMR yang bukan sahaja bersemangat, tetapi menjalani PMR dengan rasa seronok, yakin dan tidak gentar langsung!

Q: Program ini berbentuk ceramah atau LDK?
A: Tiada ceramah berjela2 yg membuat adik2 mengantuk, tiada LDK yang skema. Kami menghidangkan perkongsian dan aktiviti yang cukup menyeronokkan!

Q: Makan apa?
A: Makanan yang tersedap di Hari Raya kali ini.. Minum pagi + Makan tengahari + minum petang.. Berbaloilah dengan yuran yang adik2 bayar tu..

Jadi, apa tunggu lagi? DAFTARLAH SEKARANG!!