Wednesday, September 17, 2008

Motivasi: Last Minute!!

Salam semua,

BERITA BAIK untuk calon-calon PMR yang berada di sekitar SEREMBAN dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya!

DAC Crews menganjurkan program MOTIVASI: LAST MINUTE! khas untuk anda mendapatkan 'azimat' terakhir sebelum menduduki PMR pada 13 Oktober!!

Berikut ialah butiran program:
  • Tarikh: 5 Oktober 2008 (Ahad)
  • Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
  • Lokasi: Aras 3, Seremban Plaza, Seremban (Bangunan MARA)
  • Bayaran: RM50.00 (termasuk makan dan sijil)
  • Diskaun RM10-RM15: Diberikan kepada yang mendaftar awal, secara berkumpulan atau mendaftar online!
Jadi, apa tunggu lagi? DAFTARLAH SEKARANG!!

-----

Q&A:

Q: Kenapa dibuat 5 Oktober, hari raya ke-5? Kan masih cuti sekolah dan dalam hari raya?
A: Peperiksaan tidak mengenal erti hari raya.. 4 hari beraya sudah mencukup untuk tahun ini buat calon-calon PMR. Berkorban sambutan hari raya adalah sangat berbaloi untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam PMR nanti, insyaAllah.. Hari Raya, setiap tahun mesti ada.. PMR, sekali seumur hidup.. dan keputusan PMR pula, penentu hidup!

Q: Apakah modul yang diajarkan nanti?
A: Tiada lagi tips study ataupun strategi belajar ataupun strategi menjawab kertas soalan. Program ini hanya mengFOKUSkan untuk menaikkan semangat calon2 yang kekenyangan dengan lemang dan ketupat, untuk benar2 bersedia menghadapi PMR.

Q: Lagi?
A: Kami bantu adik2 untuk menjadi calon PMR yang bukan sahaja bersemangat, tetapi menjalani PMR dengan rasa seronok, yakin dan tidak gentar langsung!

Q: Program ini berbentuk ceramah atau LDK?
A: Tiada ceramah berjela2 yg membuat adik2 mengantuk, tiada LDK yang skema. Kami menghidangkan perkongsian dan aktiviti yang cukup menyeronokkan!

Q: Makan apa?
A: Makanan yang tersedap di Hari Raya kali ini.. Minum pagi + Makan tengahari + minum petang.. Berbaloilah dengan yuran yang adik2 bayar tu..

Jadi, apa tunggu lagi? DAFTARLAH SEKARANG!!

No comments: