Friday, August 8, 2008

Anjung Digital

Salam semua!

Berita terkini mengenai DAMS..!!

Kami telah pun bertukar alamat ke pejabat baru di Seremban Plaza..


alamat baru kami ialah..

Digital Apprentice Management Services
2-16, Aras 2
Bangunan Seremban Plaza
Jln Dato' Muda Linggi
70100 Seremban
Negeri Sembilan


Seremban Plaza ni memang easily accessible dan semua rakyat Seremban tahu lokasinya.. berhampiran dgn hotel Royale Bintang, Klana Resort, Taman Tasik Seremban dan juga Centre Point..

untuk makluman pembaca semua yg budiman, DAMS dan DAC Crews akan membuka kelas komputer yg dijangka akan bermula pada bulan Oktober atau November 2008 ini. Pendaftaran insyaAllah dibuka pada bulan September..

kelas komputer DAMS diberi nama Anjung Digital, yang bertempat di Seremban Plaza. buat masa ni, kami masih lagi dalam proses setup kelas dan pejabat..




Anjung Digital menawarkan dua kumpulan pelajar iaitu DA Kidz dan DA Klikz..



DA Kidz adalah utk pelajar dari usia 10 hingga 17 tahun..

dan DA Klikz pula adalah untuk mereka yang berusia 18 hingga.. hingga.. hingga berapa umur pun tak kisahlah janji masih ada kudrat untuk datang belajar di Anjung Digital!

Subjek yang kami tawarkan pula ialah OpenOffice.Org - Write, Calc, Impress.. asas Grafik menggunakan Photoshop.. asas animasi 2D menggunakan Swish.. asas suntingan audio video.. asas membina laman web dan juga blogging.. kami juga akan mewujudkan portal bernama GengDigital.com (oops! belum siap lagi tau!) supaya memudahkan komunikasi, juga khusus untuk ibubapa yang mahu melihat progress pembelajaran anak-anak mereka..!!

yuran pendaftarannya amatlah berpatutan dan kaedah pembayaran pun cukup fleksibel.. maklumlah, kami humanizing humanity.. means we are also humans..

maklumat lanjut dan juga brochure akan di upload ke website DAMS tak lama lagi..

doakan semuanya sukses! sukses!

insyaAllah.. aminnn..

No comments: