Friday, September 5, 2008

salam ramadhan & GengDigital.com

.. diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..

adik2 yg bakal menduduki UPSR 4 hari lagi, kami DAC mengucapkan selamat berjaya dan semoga adik2 dapat menjawab soalan dgn baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang, amin..

sedikit perkembangan mengenai Anjung Digital @ AD.. AD telah pun dibuka kepada umum mulai 2 Sept 2008 yg lalu, mengambil berkat sempena bulan yg penuh rahmat ini..

poster dan pamphlet sedang rancak diedarkan di sekitar kawasan Seremban, Ampangan, Paroi, Senawang dan Sikamat..

AD telah mendapat papan tanda kedai percuma daripada TapakMas Enterprise Sdn Bhd..


syukur alhamdulillah, inilah agaknya rezeki bulan Ramadhan.. terima kasih kepada bos TapakMas iaitu encik Mahzan dan encik Fuad.. semoga dimurahkan rezeki.. amin.. info tambahan, TapakMas terletak di No. 39, Jalan Andalas 2 Kaw. Industri Ringan Andalas, 70450 Senawang, Negeri Sembilan..

bagi warga Seremban yg nak datang terus ke AD, sila download peta lokasi supaya tak tersesat..

laman web GengDigital - Rakan Digital Anda telah pun diupload.. buat masa ni, memang tak sempat lagi nak design dahsyat2.. maklumlah sibuk dengan pembukaan AD..

oh ya, lupa pulak nak perkenalkan GengDigital ni.. GengDigital merupakan sebuah konsortium digital - satu lagi projek DAMS.. di mana kali ni DAMS berkolaborasi baik punya dgn geng dari Terengganu iaitu Netlinx Solution Consultant (NSC)..

utk makluman, geng NSC ni adalah merupakan sahabat baik geng DAMS sejak tahun 2004 lagi..

insyaAllah GengDigital akan beroperasi penuh sebagai satu Online Training Provider tak lama lagi.. buat masa ni, DAMS dan NSC masing2 masih lagi beroperasi secara offline di tempat masing2..

Online Training Provider yg dimaksudkan ialah, kami di GengDigital akan menawarkan kursus2 ICT dan multimedia serta consultation secara online - melalui portal yg akan kami lancarkan nanti.. jadi, semua org di Malaysia - mungkin seluruh dunia juga - akan dapat mengikuti training kami secara online.. bermaksud tidaklah terhad kepada orang Seremban dan orang Dungun saja seperti sekarang ni..

sehingga berjumpa lagi.. adioz..

No comments: