Friday, August 22, 2008

Anjung Digital Hampir Siap!

Salam semua,

lama betul dah tak menulis di sini..

Alhamdulillah, laman web DAMS dan juga JomShopping dah kembali ok.. jadi, anda boleh terus melayarinya utk mendapatkan apa2 maklumat berkaitan..

Alhamdulillah, Anjung Digital hampir sudah lengkap sebagai sebuah kelas komputer.. tengoklah gambar2 ni..

Fancy Memo Board.. cantik tak?


Store penyimpanan barang2 kem dan program DAMS


'Baca Corner'.. boleh duduk2 sambil membaca buku yg ada kat sini..


walaupun ruang yg kecil.. tapi yang penting selesa dan ceria..
baru bersemangat nak belajar kan?

dan ini pulak adalah pakej bagi topik2 yg ditawarkan..

A. Newbies: Pengenalan perkakasan, asas internet, asas aplikasi pejabat, maintenance dan troubleshooting

B. Grafixed: Asas rekaan grafik

C. Animax: Asas animasi 2D

D. Weblogger: Internet, laman web (HTML code) dan Blog

E. Broadcaster: Suntingan video dan audio

dan jika ada sambutan, insyaAllah Asas Linux dan Asas Rangkaian pun akan ditawarkan..

perancangan Anjung Digital akan mula dibuka kepada umum pada 1 Sept 2008, di mana pendaftaran utk batch yang pertama akan diterima secara walk-in mulai 1 hingga 12 Sept 2008, manakala pendaftaran secara online dan fax adalah pada bila2 masa sahaja bermula dari tarikh yang sama.. Mana kelas pertama pula dijangka akan dimulakan pada 13 Oktober 2008.. lepas raya la..

diharapkan semuanya berjalan lancar dan kepada yang memberikan sokongan kepada kami, diucapkan jutaan terima kasih.. semoga Tuhan membalas kebaikan anda..

ciao..!

Thursday, August 14, 2008

Sempoihosting Di HACK!

Salam,

PENGUMUMAN PADA SEMUA

Mengikut tuan tanah sempoihosting iaitu Shuth, server utama di sempoihosting telah dihacked dgn teruk sekali dan berkemungkinan semua website2 yg ada dlm tu hilang..


ini adalah termasuk website www.digital-apprentice.com dan www.jom-shopping.com .. dan lagi www.kartunisubi.com dan byk lg..

pihak sempoihosting sedang bertungkus-lumus memperbaiki situasi ini dan maklumat drp Shuth, satu server baru telah dibeli utk menggantikan server yg rosak teruk itu..

jadi, kepada anda yg perlukan maklumat mengenai program, servis dan produk daripada Digital Apprentice Management Services, diharap teruskan menyelusuri www.digapp.blogspot.com sebagai alternatif..

kpd Shuth dan teamnya, diharapkan bersabar dgn ujian ni.. sama2 la kita bersabar..

life and biz goes on..

Pertandingan Cipta Logo Anjung Digital

hai kawan kawaaaann..

sukacitanya dimaklumkan bahawa DAMS, DAC Crews dan Anjung Digital menganjurkan Pertandingan Cipta Logo Anjung Digital, dengan tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM 77.77 untuk dimenangi!

bukan tu saja, pemenang juga berpeluang memenangi sebuah hadiah misteri dan iklan percuma selama sebulan di laman-laman web dan blog milik kami dan kroni2 kami.. menarik kan!!

tapi, pertandingan ini hanya dibuka EKSKLUSIF kepada ahli WangCyber.com sahaja.. jika anda mahu menyertainya, silalah daftar sbg ahli WangCyber.Com.. percuma je!

sila lihat di sini utk keterangan lanjut..

http://www.wangcyber.com/forum/wtb-perkhidmatan-bebas/8241-pertandingan-cipta-logo-anjung-digital-rm77-77-untuk-dimenangi.html#post108437

cepat, pertandingan tamat pada 28 Ogos 2008!

selamat mendesign!!

Friday, August 8, 2008

Anjung Digital

Salam semua!

Berita terkini mengenai DAMS..!!

Kami telah pun bertukar alamat ke pejabat baru di Seremban Plaza..


alamat baru kami ialah..

Digital Apprentice Management Services
2-16, Aras 2
Bangunan Seremban Plaza
Jln Dato' Muda Linggi
70100 Seremban
Negeri Sembilan


Seremban Plaza ni memang easily accessible dan semua rakyat Seremban tahu lokasinya.. berhampiran dgn hotel Royale Bintang, Klana Resort, Taman Tasik Seremban dan juga Centre Point..

untuk makluman pembaca semua yg budiman, DAMS dan DAC Crews akan membuka kelas komputer yg dijangka akan bermula pada bulan Oktober atau November 2008 ini. Pendaftaran insyaAllah dibuka pada bulan September..

kelas komputer DAMS diberi nama Anjung Digital, yang bertempat di Seremban Plaza. buat masa ni, kami masih lagi dalam proses setup kelas dan pejabat..




Anjung Digital menawarkan dua kumpulan pelajar iaitu DA Kidz dan DA Klikz..



DA Kidz adalah utk pelajar dari usia 10 hingga 17 tahun..

dan DA Klikz pula adalah untuk mereka yang berusia 18 hingga.. hingga.. hingga berapa umur pun tak kisahlah janji masih ada kudrat untuk datang belajar di Anjung Digital!

Subjek yang kami tawarkan pula ialah OpenOffice.Org - Write, Calc, Impress.. asas Grafik menggunakan Photoshop.. asas animasi 2D menggunakan Swish.. asas suntingan audio video.. asas membina laman web dan juga blogging.. kami juga akan mewujudkan portal bernama GengDigital.com (oops! belum siap lagi tau!) supaya memudahkan komunikasi, juga khusus untuk ibubapa yang mahu melihat progress pembelajaran anak-anak mereka..!!

yuran pendaftarannya amatlah berpatutan dan kaedah pembayaran pun cukup fleksibel.. maklumlah, kami humanizing humanity.. means we are also humans..

maklumat lanjut dan juga brochure akan di upload ke website DAMS tak lama lagi..

doakan semuanya sukses! sukses!

insyaAllah.. aminnn..

Wednesday, July 30, 2008

Blog Kawan2 DAC Crew

hai..

lamanya tak menulis kat sini.. eh.. menaip la..

buat masa ni, DAC Crews ada buat perancangan utk mengadakan Ops: Perah Otak pada 16-17 Ogos insyaAllah kalau tak ada aral melintang..


Ops: Perah Otak ni adalah sesi brainstorming bagi beberapa org crews utk memantapkan lagi Dig-App Camps.. maaflah tak dapat nak ajak semua sekali.. maklumla.. bajet.. hehe..

wah nampaknya ada sorang lagi DAC Crew dah memulakan langkah membuat blog yg memaparkan aktiviti2 outdoornya.. sapa2 yg join Kem Jejak Terbilang anjuran JKM Sepang bulan Mei dulu, mesti kenal.. cikgu Sham.. tadaaaa..




sila tengok blognya kat s-i-n-i..

tahniah diucapkan.. kalau ada yg tak tau, cikgu Sham ni adalah anak murid kpd cikgu Azzah, cikgu Shah, cikgu Sharah dan cikgu Zue masa dalam kem PLKN suatu ketika dulu..

kepada cikgu Sham dan rakan2, didoakan apa yg diusahakan dan dicita2kan akan menjadi realiti.. betul tu, mana tau satu hari LAG & DAMS dapat berkolaborasi kan.. hehe..

ada satu lagi blog.. Kem KPerak Kidz di mana beberapa org DAC Crews terlibat dalam bekerjasama menjayakan program ni.. menarik jugak dan banyak pengalaman yg kami perolehi dgn adik2 anak Perak ni..

ok.. back to biz.. baru ni DAMS ada dapat khabar dari Brunei.. insyaAllah kalau ada rezeki kita akan melebarkan sayap ke sana.. maklumla kita sama serumpun.. kalau bukan kita yg nak bantu memartabatkan sesama kita, siapa lagi kan..?

ok lah sampai sini je buat kali ni.. kepada adik2 yg menelefon / SMS kami tu terima kasih banyak2.. dan kalau ada yang tak terjawab/ terbalas tu mintak maaf banyak2.. kadang2 kami ni sibuk sikit.. heheee..

ta ta ti ti tu tu..

Tuesday, July 22, 2008

hanya di mercu

salam semua,

pernah dengar tak lagu 'Hanya Di Mercu', nyanyian Ayu OIAM2?

bagus lirik lagu ni utk panduan kita bersama..

jadi di sini kami paparkan video dan jugak lirik lagu berkenaan, utk perkongsian bersama.. dan sambil2 melayari blog ni, hayatilah lagunya sekali.. insyaAllah kita akan selalu nyanyikan lagu ni dalam siri2 Dig-App Camps yang akan datang.. okay..



Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu


Thursday, July 17, 2008

musim exam dah semakin hampir..

Salam cikgu2 dan adik2 sekalian..

kita dah pun sampai ke pertengahan bulan julai.. bermakna, tinggal sebulan lebih saja lagi sebelum peperiksaan UPSR menjelang, diikuti dgn PMR, SPM dan STPM..

dan jangan lupa, insyaAllah pada 1 Sept 2008 kita akan menyambut kehadiran bulan mulia, Ramadhan alMubarak..

kami DAC Crew mendoakan adik2 semua dapat la menjawab semua soalan exam dengan baik dan dapat keputusan yg cemerlang.. amin..

oh ya, sempena Syawal ni, DAMS ada menawarkan perkhidmatan rekaan kad raya utk sekolah2.. jadi mana2 cikgu yang rasa berminat tu bolehlah hubungi kami.. sample design insyaAllah akan di upload tidak lama lagi..

berita gembira juga utk cikgu2 yang mana terasa nak buat majalah sekolah digital, bolehlah juga menghubungi kami.. canggih la sikit kan.. maklumlah zaman dah berubah..

ok.. itu je posting kali ni.. bye!