Monday, October 13, 2008

aktiviti diteruskan..

salam semua..

lama dah tak update blog ni..

untuk bulan Oct dan Nov ni, dah ada beberapa program untuk kami DAC Crews.. program yang menyumbang kepada adik2 sekolah, dan jugak program utk memperbaiki diri kami sendiri, dan lain2 program..

7 Oct : Motivasi Pecutan Akhir untuk pelajar calon PMR, SMK KGV Seremban, dengan penceramah jemputan istimewa Osman Affan

21 Oct-6 Nov : PPSMI negeri Terengganu (cikgu Azzah & kak Ogy)

26 Oct : Majlis perkahwinan cikgu Zunairah di Tmn Desa Rhu, Seremban

7-9 Nov : Kem Jejak Terbilang Pelajar Tingkatan 4 SMK KGV di Kem Seri Perkasa, Mantin (cikgu Azzah, cikgu Shah, cikgu Roslina)

11-15 Nov : Time Management course @ Brunei Darussalam (Cikgu Azzah / Cik Juliah)

24-28 Nov : TTT PSMB (Cikgu Azzah, kak Ogy)

semoga semua perancangan dapat dijalankan dengan lancar dan sebaik mungkin.. aminn..

Wednesday, September 17, 2008

Motivasi: Last Minute!!

Salam semua,

BERITA BAIK untuk calon-calon PMR yang berada di sekitar SEREMBAN dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya!

DAC Crews menganjurkan program MOTIVASI: LAST MINUTE! khas untuk anda mendapatkan 'azimat' terakhir sebelum menduduki PMR pada 13 Oktober!!

Berikut ialah butiran program:
  • Tarikh: 5 Oktober 2008 (Ahad)
  • Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
  • Lokasi: Aras 3, Seremban Plaza, Seremban (Bangunan MARA)
  • Bayaran: RM50.00 (termasuk makan dan sijil)
  • Diskaun RM10-RM15: Diberikan kepada yang mendaftar awal, secara berkumpulan atau mendaftar online!
Jadi, apa tunggu lagi? DAFTARLAH SEKARANG!!

-----

Q&A:

Q: Kenapa dibuat 5 Oktober, hari raya ke-5? Kan masih cuti sekolah dan dalam hari raya?
A: Peperiksaan tidak mengenal erti hari raya.. 4 hari beraya sudah mencukup untuk tahun ini buat calon-calon PMR. Berkorban sambutan hari raya adalah sangat berbaloi untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam PMR nanti, insyaAllah.. Hari Raya, setiap tahun mesti ada.. PMR, sekali seumur hidup.. dan keputusan PMR pula, penentu hidup!

Q: Apakah modul yang diajarkan nanti?
A: Tiada lagi tips study ataupun strategi belajar ataupun strategi menjawab kertas soalan. Program ini hanya mengFOKUSkan untuk menaikkan semangat calon2 yang kekenyangan dengan lemang dan ketupat, untuk benar2 bersedia menghadapi PMR.

Q: Lagi?
A: Kami bantu adik2 untuk menjadi calon PMR yang bukan sahaja bersemangat, tetapi menjalani PMR dengan rasa seronok, yakin dan tidak gentar langsung!

Q: Program ini berbentuk ceramah atau LDK?
A: Tiada ceramah berjela2 yg membuat adik2 mengantuk, tiada LDK yang skema. Kami menghidangkan perkongsian dan aktiviti yang cukup menyeronokkan!

Q: Makan apa?
A: Makanan yang tersedap di Hari Raya kali ini.. Minum pagi + Makan tengahari + minum petang.. Berbaloilah dengan yuran yang adik2 bayar tu..

Jadi, apa tunggu lagi? DAFTARLAH SEKARANG!!

Monday, September 8, 2008

Good Luck UPSR 2008!

kami DAC Crews mengucapkan




kepada adik2 yang akan menduduki peperiksaan UPSR esok selama 3 hari!

mulakan dengan bismillah dan selawat.. bacalah soalan dengan tenang.. berseronoklah dengan peperiksaan ini!

kami doakan adik2 semua berjaya dengan cemerlang.. amin..

Friday, September 5, 2008

salam ramadhan & GengDigital.com

.. diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia..

adik2 yg bakal menduduki UPSR 4 hari lagi, kami DAC mengucapkan selamat berjaya dan semoga adik2 dapat menjawab soalan dgn baik dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang, amin..

sedikit perkembangan mengenai Anjung Digital @ AD.. AD telah pun dibuka kepada umum mulai 2 Sept 2008 yg lalu, mengambil berkat sempena bulan yg penuh rahmat ini..

poster dan pamphlet sedang rancak diedarkan di sekitar kawasan Seremban, Ampangan, Paroi, Senawang dan Sikamat..

AD telah mendapat papan tanda kedai percuma daripada TapakMas Enterprise Sdn Bhd..


syukur alhamdulillah, inilah agaknya rezeki bulan Ramadhan.. terima kasih kepada bos TapakMas iaitu encik Mahzan dan encik Fuad.. semoga dimurahkan rezeki.. amin.. info tambahan, TapakMas terletak di No. 39, Jalan Andalas 2 Kaw. Industri Ringan Andalas, 70450 Senawang, Negeri Sembilan..

bagi warga Seremban yg nak datang terus ke AD, sila download peta lokasi supaya tak tersesat..

laman web GengDigital - Rakan Digital Anda telah pun diupload.. buat masa ni, memang tak sempat lagi nak design dahsyat2.. maklumlah sibuk dengan pembukaan AD..

oh ya, lupa pulak nak perkenalkan GengDigital ni.. GengDigital merupakan sebuah konsortium digital - satu lagi projek DAMS.. di mana kali ni DAMS berkolaborasi baik punya dgn geng dari Terengganu iaitu Netlinx Solution Consultant (NSC)..

utk makluman, geng NSC ni adalah merupakan sahabat baik geng DAMS sejak tahun 2004 lagi..

insyaAllah GengDigital akan beroperasi penuh sebagai satu Online Training Provider tak lama lagi.. buat masa ni, DAMS dan NSC masing2 masih lagi beroperasi secara offline di tempat masing2..

Online Training Provider yg dimaksudkan ialah, kami di GengDigital akan menawarkan kursus2 ICT dan multimedia serta consultation secara online - melalui portal yg akan kami lancarkan nanti.. jadi, semua org di Malaysia - mungkin seluruh dunia juga - akan dapat mengikuti training kami secara online.. bermaksud tidaklah terhad kepada orang Seremban dan orang Dungun saja seperti sekarang ni..

sehingga berjumpa lagi.. adioz..

Friday, August 22, 2008

Anjung Digital Hampir Siap!

Salam semua,

lama betul dah tak menulis di sini..

Alhamdulillah, laman web DAMS dan juga JomShopping dah kembali ok.. jadi, anda boleh terus melayarinya utk mendapatkan apa2 maklumat berkaitan..

Alhamdulillah, Anjung Digital hampir sudah lengkap sebagai sebuah kelas komputer.. tengoklah gambar2 ni..

Fancy Memo Board.. cantik tak?


Store penyimpanan barang2 kem dan program DAMS


'Baca Corner'.. boleh duduk2 sambil membaca buku yg ada kat sini..


walaupun ruang yg kecil.. tapi yang penting selesa dan ceria..
baru bersemangat nak belajar kan?

dan ini pulak adalah pakej bagi topik2 yg ditawarkan..

A. Newbies: Pengenalan perkakasan, asas internet, asas aplikasi pejabat, maintenance dan troubleshooting

B. Grafixed: Asas rekaan grafik

C. Animax: Asas animasi 2D

D. Weblogger: Internet, laman web (HTML code) dan Blog

E. Broadcaster: Suntingan video dan audio

dan jika ada sambutan, insyaAllah Asas Linux dan Asas Rangkaian pun akan ditawarkan..

perancangan Anjung Digital akan mula dibuka kepada umum pada 1 Sept 2008, di mana pendaftaran utk batch yang pertama akan diterima secara walk-in mulai 1 hingga 12 Sept 2008, manakala pendaftaran secara online dan fax adalah pada bila2 masa sahaja bermula dari tarikh yang sama.. Mana kelas pertama pula dijangka akan dimulakan pada 13 Oktober 2008.. lepas raya la..

diharapkan semuanya berjalan lancar dan kepada yang memberikan sokongan kepada kami, diucapkan jutaan terima kasih.. semoga Tuhan membalas kebaikan anda..

ciao..!

Thursday, August 14, 2008

Sempoihosting Di HACK!

Salam,

PENGUMUMAN PADA SEMUA

Mengikut tuan tanah sempoihosting iaitu Shuth, server utama di sempoihosting telah dihacked dgn teruk sekali dan berkemungkinan semua website2 yg ada dlm tu hilang..


ini adalah termasuk website www.digital-apprentice.com dan www.jom-shopping.com .. dan lagi www.kartunisubi.com dan byk lg..

pihak sempoihosting sedang bertungkus-lumus memperbaiki situasi ini dan maklumat drp Shuth, satu server baru telah dibeli utk menggantikan server yg rosak teruk itu..

jadi, kepada anda yg perlukan maklumat mengenai program, servis dan produk daripada Digital Apprentice Management Services, diharap teruskan menyelusuri www.digapp.blogspot.com sebagai alternatif..

kpd Shuth dan teamnya, diharapkan bersabar dgn ujian ni.. sama2 la kita bersabar..

life and biz goes on..

Pertandingan Cipta Logo Anjung Digital

hai kawan kawaaaann..

sukacitanya dimaklumkan bahawa DAMS, DAC Crews dan Anjung Digital menganjurkan Pertandingan Cipta Logo Anjung Digital, dengan tawaran hadiah wang tunai sebanyak RM 77.77 untuk dimenangi!

bukan tu saja, pemenang juga berpeluang memenangi sebuah hadiah misteri dan iklan percuma selama sebulan di laman-laman web dan blog milik kami dan kroni2 kami.. menarik kan!!

tapi, pertandingan ini hanya dibuka EKSKLUSIF kepada ahli WangCyber.com sahaja.. jika anda mahu menyertainya, silalah daftar sbg ahli WangCyber.Com.. percuma je!

sila lihat di sini utk keterangan lanjut..

http://www.wangcyber.com/forum/wtb-perkhidmatan-bebas/8241-pertandingan-cipta-logo-anjung-digital-rm77-77-untuk-dimenangi.html#post108437

cepat, pertandingan tamat pada 28 Ogos 2008!

selamat mendesign!!